Modul Baharu - Modul Saringan Thalassaemia

Diubah suai pada Fri, 5 Jun pada 12:00 PTG


Modul Saringan Thalassaemia dibangunkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendigitalisasikan dan memperkemaskan pengurusan rekod saringan talasemia melalui integrasi antara CCMS dan MyVAS. Modul ini bertujuan untuk meningkatkan pengurusan, capaian dan pemantauan data saringan thalassaemia secara lebih sistematik di seluruh negara, selaras dengan usaha pencegahan penyakit thalassaemia dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebelum ini, rekod saringan thalassaemia banyak bergantung kepada kad fizikal dan proses pengumpulan data secara manual, yang boleh menyebabkan risiko kehilangan maklumat penting serta menghadkan keupayaan pemantauan secara masa nyata. Melalui integrasi MyVAS dan MySejahtera, rekod saringan kini boleh diuruskan secara digital dengan lebih selamat dan mudah diakses oleh petugas kesihatan serta pesakit.

Selain itu, pesakit yang layak juga boleh menerima Kad Kesihatan Thalassaemia digital di aplikasi MySejahtera setelah proses saringan diselesaikan dan direkodkan di dalam MyVAS. Kad digital ini dilengkapi dengan ciri perlindungan privasi dan pengesahan biometrik bagi memastikan keselamatan maklumat pesakit sentiasa terpelihara.

Sila rujuk Manual Pengguna Modul Saringan Thalassaemia di pautan berikut:

https://linktr.ee/thalassaemiadhd

Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut berkaitan pertanyaan atau isu melibatkan modul ini, sila hantarkan tiket melalui portal MyVAS Helpdesk untuk tindakan selanjutnya.

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut