Bagi memperkukuhkan keselamatan dan integriti proses pengesahan identiti pengguna, MyVAS akan melaksanakan penggunaan MyDigital ID sebagai kaedah log masuk tunggal bagi semua pengguna berkuat kuasa pada 1 Julai 2026.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan tahap keselamatan identiti digital, memperkukuhkan perlindungan akaun pengguna, serta menyediakan pengalaman akses yang lebih selamat dan lancar merentasi perkhidmatan digital kerajaan.
Semua pengguna MyVAS dinasihatkan untuk memastikan mereka telah berjaya mendaftar MyDigital ID dan mengesahkan bahawa maklumat nombor kad pengenalan di dalam profil MyVAS adalah tepat dan terkini sebelum tarikh pelaksanaan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pengguna tidak dapat mengakses sistem selepas peralihan ini berkuat kuasa.
Sila rujuk maklumat di bawah untuk langkah-langkah persediaan dan panduan pendaftaran MyDigital ID.

Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut